QR Code

 Sejarah Tercipta.

Kuasa Allah dia dapat idea. Beruntungnya kalau dia syahadah.




Masahiro Hara - Papan dam GO


Lelaki Di Sebalik Kotak Kod Kecil Yang Mengubah Dunia
Pada awal 1990-an, seorang jurutera di Jepun bernama Masahiro Hara sedang memikirkan satu masalah yang nampak kecil tapi menyusahkan orang ramai.
Kod bar.
Kod bar ni lambat, sukar dibaca dan hanya boleh simpan sedikit maklumat. Dunia makin laju, tapi kod bar masih perlahan.
Masahiro bekerja di syarikat automotif. Dalam bidang ini, masa sangat penting. Kod bar yang lama tak cukup pantas lagi. Dia perlukan sesuatu yang lebih baik.
Satu hari semasa bermain permainan papan tradisional Go yang menggunakan batu hitam dan putih, dia mendapat idea.
Permainan itu kelihatan ringkas tapi setiap susunan batu ada makna tersendiri. Jadi dia mula terfikir, apa akan alau maklumat pun boleh disusun seperti itu?
Maka dari situ lahirlah satu ciptaan baharu.
Masahiro dan pasukannya mencipta kod yang boleh dibaca dari mana-mana arah. Kalau rosak sedikit pun masih boleh diimbas. Dan ia boleh menyimpan jauh lebih banyak data berbanding kod bar biasa.
Mereka menamakannya kod QR.
Kewujudan teknologi baru ini tiada sambutan besar mahupun iklan yang gempak. Tapi ciptaan ini perlahan-lahan digunakan di seluruh dunia.
Hari ini ciptaan Masahiro digunakan hampir di setiap sudut hidup kita. Kita imbas kod QR untuk
• Baca menu di restoran
• Buat bayaran secara digital
• Buka semula rekod kesihatan
• Sertai majlis dan acara secara maya
• Hantar mesej atau pelukan digital kepada orang yang jauh
Masahiro tak pernah cari nama. Tapi ciptaannya yang bermula daripada permainan biasa kini menjadi sebahagian daripada hidup berbilion manusia.
Kadang-kadang penyelesaian paling besar tak datang daripada teknologi hebat atau kekuatan luar biasa. Tapi daripada mata yang pandai melihat semula masalah lama dengan cara yang sepenuhnya baru.

No comments:

Post a Comment